Thursday 4 October 2012

DAYA

  • Daya didefinisikan sebagai suatu tolakan atau tarikan.
  • Tolakan atau tarikan merupakan sejenis perbuatan.
  • Daya tidak mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang.
  • Oleh itu, daya bukanlah jirim.
  • Daya tidak boleh dilihat. Dengan itu, kita tidak dapat melihat daya.
  • Namun begitu, kita boleh melihat dan merasai kesan daya.
  • Contohnya, semasa kita menolak sebiji bola, kita tidak dapat melihat daya yang dikenakan ke atas bola, tetapi kita boleh melihat bola tersebut bergerak menjauhi kita.
  • Tolakan ialah sejenis perbuatan menggerakkan objek menjauhi kita. 
  • Berikut adalah beberapa contoh daya tolakan:

Menekan Paku Tekan
Menolak Troli

Menendang Bola


  • Tarikan ialah sejenis perbuatan membawa objek mendekati kita.
  • Berikut adalah beberapa contoh daya tarikan:

Membuka Tin minuman

Membawa Bagasi
 
Menarik Kereta Kuda
 
  • Berikut adalah beberapa contoh gabungan kedua-dua daya tolakan dan tarikan:
Bermain Biola
Mendayung Sampan
 
Menggosok Baju