Thursday, 4 October 2012

DAYA

  • Daya didefinisikan sebagai suatu tolakan atau tarikan.
  • Tolakan atau tarikan merupakan sejenis perbuatan.
  • Daya tidak mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang.
  • Oleh itu, daya bukanlah jirim.
  • Daya tidak boleh dilihat. Dengan itu, kita tidak dapat melihat daya.
  • Namun begitu, kita boleh melihat dan merasai kesan daya.
  • Contohnya, semasa kita menolak sebiji bola, kita tidak dapat melihat daya yang dikenakan ke atas bola, tetapi kita boleh melihat bola tersebut bergerak menjauhi kita.
  • Tolakan ialah sejenis perbuatan menggerakkan objek menjauhi kita. 
  • Berikut adalah beberapa contoh daya tolakan:

Menekan Paku Tekan
Menolak Troli

Menendang Bola


  • Tarikan ialah sejenis perbuatan membawa objek mendekati kita.
  • Berikut adalah beberapa contoh daya tarikan:

Membuka Tin minuman

Membawa Bagasi
 
Menarik Kereta Kuda
 
  • Berikut adalah beberapa contoh gabungan kedua-dua daya tolakan dan tarikan:
Bermain Biola
Mendayung Sampan
 
Menggosok Baju
 

19 comments:

  1. Realy Nice! Teacher Yap Your Blog Looked Very Clean & Organise. Keep it up teacher!

    ReplyDelete
  2. 分得很有层次,很清楚。 I like so much your blog

    ReplyDelete
  3. It is a nice and good blog, thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  4. Tahniah, blog anda terdapat banyak maklumat.

    ReplyDelete
  5. gambar yang jelas menerangkan perkataan. keep it up!!!

    ReplyDelete
  6. Nota yang berguna dan baik sekali kerana terdapat gambar-gambar yang ditunjukkan akan memudahkan murid-murid untuk belajar.Syabas cikgu:)

    ReplyDelete
  7. Baik!Nota yang ringkas tetapi jelas!

    ReplyDelete
  8. Bamyak maklumat disediakan, syabas.

    ReplyDelete